Bab 1

1 Inilah salasilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham. 2 Abraham ialah bapa Ishak, Ishak ialah bapa Yakub. Yakub ialah bapa Yehuda dan saudara-saudaranya. 3 Yehuda ialah bapa Peres dan Zerah, ibu mereka ialah Tamar. Peres ialah bapa Hezron. Hezron ialah bapa Ram. 4 Ram ialah bapa Aminadab. Aminadab ialah bapa Nahason. Nahason ialah bapa Salmon. Salmon ialah bapa Boas, ibunya ialah Rahab. 5 Boas ialah bapa Obed, ibunya ialah Rut. Obed ialah bapa Isai. 6 Isai ialah bapa Raja Daud. Daud ialah bapa Salomo, ibunya ialah bekas isteri Uria. 7 Salomo ialah bapa Rehabeam. Rehabeam ialah bapa Abia. Abia ialah bapa Asa. 8 Asa ialah bapa Yosafat. Yosafat ialah bapa Yoram. Yoram ialah bapa Uzia. 9 Uzia ialah bapa Yotam. Yotam ialah bapa Ahas. Ahas ialah bapa Hizkia. 10 Hizkia ialah bapa Manasye. Manasye ialah bapa bapa Amon. Amon ialah bapa Yosia. 11 Yosia ialah bapa Yekhonya dan saudara-saudaranya, ketika pembuangan ke Babel. 12 Setelah pembuangan ke Babel, Yekhonya ialah bapa Sealtiel. Sealtiel ialah bapa Zerubabel. 13 Zerubabel ialah bapa Abihud. Abihud ialah bapa Elyakim. Elyakim ialah bapa Azor. 14 Azor ialah bapa Zadok. Zadok ialah bapa Akhim. Akhim ialah bapa Eliud. 15 Eliud ialah bapa Eleazar. Eleazar ialah bapa Matan. Matan ialah bapa Yakub. 16 Yakub ialah bapa Yusuf, suami Maria. Marialah yang melahirkan Yesus yang dipanggil Kristus. 17 Jadi, semua generasi dari Abraham sampai Daud ada empat belas generasi dan dari Daud sampai pembuangan ke Babel ada empat belas generasi dan dari pembuangan ke Babel sampai Kristus ada empat belas generasi. 18 Inilah kisah kelahiran Yesus Kristus. Ketika Maria, Ibu-Nya sudah bertunangan dengan Yusuf, sebelum mereka hidup bersama, ternyata ia mengandung dari Roh Kudus. 19 Kerana Yusuf suaminya, adalah orang benar dan tidak mahu mempermalukan Maria di kalangan masayarakat, Yusuf berniat untuk memutuskan pertunangan mereka secara diam-diam. 20 Tetapi, ketika Yusuf memikirkan hal ini, Malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya di dalam mimpi lalu berkata, "Yusuf, anak Daud, janganlah takut mengambil Maria sebagai isterimu kerana Anak yang di dalam kandungannya adalah daripada Roh Kudus. 21 Maria akan melahirkan seorang anak lelaki dan engkau akan menamakan Dia Yesus, kerana Dialah yang akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa-dosa mereka." 22 Semua hal ini terjadi supaya terlaksanalah firman Tuhan melalui nabi-Nya: 23 "Lihatlah, seorang perawan akan mengandung dan akan melahirkan seorang anak lelaki. Mereka akan menamai Dia Immanuel," yang bererti "Allah menyertai kita." 24 Yusuf bangun dari tidurnya dan melakukan seperti yang diperintahkan oleh malaikat Tuhan kepadanya dan dia mengambil Maria sebagai isterinya. 25 Tetapi dia tidak bersetubuh dengan Maria sehingga Maria melahirkan Anak itu. Yusuf menamai Anak itu Yesus.