Bab 6

1 "Ingatlah, jangan kamu melakukan kewaijipan agamamu di kahlayak umum supaya dilihat orang; kamu tidak akam mendapat ganjaran daripada Bapamu yang di syurga. 2 Jadi, apabila kamu memberi sedekah, janganlah kamu menghebohkan seperti orang munafik meniup sangkakala di rumah-rumah ibadat dan di jalan raya, supaya dipuji orang. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya, orang begitu sudah pun mendapat ganjaran mereka. 3 Apabila kamu bersedekah kepada orang, janganlah tangan kirimu tahu apa yang dilakukan oleh tangan kananmu. 4 Hendaklah sedekahmu itu diberikan dengan tersembunyi dan Bapamu yang melihat yang tersembunyi itu akan memberikan upah kepadamu. 5 Dan apabila kamu berdoa, janganlah sepertu orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di rumah-rumah ibadat dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah mendapatkan upanya. 6 Tetapi jika kamu berdoa, masuklah ke dalam bilik, tutuplah pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu melihat yang tersembunyi itu akan memberikan upah kepadamu. 7 Dan ketika kamu berdoa, jangan menggunakan kata-kata yang tidak ada ertinya, seperti yang dilakukan orang-orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka bahawa Allah akan menjawab doa mereka kerana doa mereka panjang. 8 Jadi janganlah berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu meminta kepada-Nya. 9 Berdoalah demikian: 'Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. 10 Datanglah kerajaan-Mu, terlaksanalah kehendak-Mu di bumi seperti di syurga. 11 Berikanlah kepada kami makanan untuk hari ini. 12 Ampunkanlah kesalahan kami seperti mana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. 13 Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkan kami daripada yang jahat. Kerana Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.' 14 Kerana jika kamu mengampuni kesalahan orang lain, Bapamu yang di syurga akan mengampuni kamu juga. 15 Tetapi, jika kamu tidak mengampuni kesalahan orang lain, Bapamu juga tidak akan mengampuni kesalahanmu. 16 Apabila kamu berpuasa, jangan tunjukkan muka lesu seperti orang munafik. Mereka menunjukkan wajah menderita supaya semua orang tahu mereka berpuasa. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya mereka sudah mendapat upahnya. 17 Akan tetapi, apabila kamu berpuasa, minyakilah kepalamu dan cucilah mukamu supaya orang tidak tahu kamu berpuasa. 18 Biarlah puasamu hanya diketahui oleh Bapamu yang berada di tempat yang tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat perbuatanmu yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu. 19 "Janganlah kamu mengumpul harta di dunia, kerana di sini gegat dan karat merosakkannya serta pencuri memecah masuk untuk mencurinya. 20 Tetapi kumpulkanlah harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya serta pencuri tidak memecah masuk untuk mencurinya. 21 Kerana di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu." 22 Mata ialah pelita tubuh. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. 23 Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu gelap. Jika cahaya di dalam tubuhmu menjadi gelap, betapa pekatnya kegelapan itu." 24 Tidak seorang pun dapat menjadi hamba kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain; atau akan setia kepada yang seorang dan mencela yang lain. Demikianlah, kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dna juga hamba kekayaan. 25 "Kerana itu Aku berkata kepadamu: Janganlah khuatir tentang hidupmu, tentang apa yang akan kamu makan dan minum, atau tentang tubuhmu, akan apa yang hendak kamu pakai. Bukankah hidup itu lebih penting daripada makanan, dan tubuh lebih penting daripada pakaian? 26 Lihatlah burung di langit, yang tidak menyemai, atau menuai atau menyimpan hasil di jelapang; namun Bapamu yang di syurga memberinya makan. Bukankah kamu lebih bernilai daripada burung? 27 Siapakah di antara kamu yang kerana khuatir dapat menambahkan usianya? 28 Jadi, mengapakah kamu risau tentang pakaian? Lihatlah bunga bakung di padang, yang tidak bekerja atau bertenun. 29 Namun Aku berkata kepadamu: Raja Solomo dengan segala kemegahannya pun tidak berpakaian seindah bunga itu. 30 Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang hari ini ada dan besok dibuang ke dalam api, tidakkah Dia lebih lagi menghiasi kamu, hai kamu yang kurang iman? 31 Kerana itu, janganlah kamu khuatir dan berkata: Apakah yang akan kami makan dan minum? atau Apakah yang akan kami pakai? 32 Sebab, bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah mencari hal-hal ini. 33 Akan tetapi, Bapamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua itu. Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenaran-Nya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu. 34 Oleh itu, jangan khuatir tetang hari esok, kerana hari esok mempunyai kesusahannya sendiri. Kesusahan sehari cukuplah untuk sehari."