Bab 12

1 Pada waktu itu, pada hari Sabat, Yesus berjalan melalui ladang gandum. Kerana lapar, murid-murid-Nya memetik bulir gandum dan memakannya. 2 Akan tetapi, ketika orang-orang Farisi melihatnya, mereka berkata kepada Yesus, "Lihatlah, murid-Mu melakukan sesuatu yang dilarang pada hari Sabat!" 3 Namun, Yesus berkata kepada mereka, "Belum pernahkah kamu membaca apa yang dilakukan Daud ketika dia dan para pengikutnya lapar, 4 bagaimana dia masuk ke dalam Rumah Allah dan makan roti persembahan yang tidak dibenarkan bagi-Nya untuk memakannya, begitu juga oleh orang-orang yang bersamanya, kecuali hanya untuk para imam? 5 Atau, belum pernahkah kamu membaca dalam kitab Taurat, bahawa pada hari Sabat, para imam di Bait Allah melanggar Sabat dan mereka tidak bersalah? 6 Aku berkata kepadamu: Di sini ada yang lebih besar daripada Bait Allah. 7 Jika kamu mengerti maksud firman ini: Yang Ku-kehendaki ialah belas kasihan dan bukan persembahan, tentu kamu tidak menghukum orang tidak bersalah. 8 Sebab, Anak Manusia adalah Tuhan atas hari Sabat." 9 Yesus beredar dari situ lalu masuk ke rumah ibadat mereka. 10 Di situ ada seorang yang lumpuh sebelah tangannya. Mereka bertanya kepada-Nya: "Bolehkah menyembuhkan orang pada hari Sabat?" Maksud mereka ialah supaya dapat menyalahkan Yesus. 11 Tetapi Yesus berkata kepada mereka: "Jika seorang dari antara kamu mempunyai seekor domba dan domba itu terjatuh ke dalam lubang pada hari Sabat, tidakkah dia akan menangkapnya dan mengeluarkannya? 12 Bukankah manusia jauh lebih berharga daripada domba? Oleh itu, berbuat baik pada hari Sabat tidak melanggar hukum." 13 Setelah itu, Yesus berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu, "Hulurkanlah tanganmu." Orang itu pun menghulurkan tangannya yang lumpuh lalu tangan itu terus sembuh sama seperti tangannya disebelah. 14 Ketika itu orang Farisi beredar dari situ lalu berpakat mahu membunuh Yesus. 15 Tetapi Yesus mengetahui maksud mereka, Dia pun meninggalkan tempat itu. Ramai orang mengikuti-Nya dan Dia menyembuhkan mereka semua. 16 Dia dengan keras melarang mereka memberitahukan siapa Dia. 17 Dengan demikian terjadilah firman Allah melalui Nabi Yesaya: 18 "Inilah hamba-Ku yang telah Kupilih, yang Kukasihi yang kepada-Nya jiwa-Ku berkenan; Aku akan menaruhkan Roh-Ku ke atas-Nya, dan keadilan-Ku akan diisytiharkan-Nya kepada semua bangsa. 19 Dia tidak akan membantah atau berteriak, dan orang tidak akan mendengar suara-Nya di jalan raya. 20 Buluh yang patah tidak akan Dia putuskan, dan sumbu yang hampir padam tidak akan Dia matikan, sehingga Dia berjaya menegakkan keadilan. 21 Dalam nama-Nya, bangsa-bangsa lain akan bersandar harap kepada-Nya." 22 Setelah itu, seorang yang buta dan bisu kerana dirasuk roh iblis dibawa kepada Yesus lalu disembuhkan-Nya. 23 Orang ramai di situ takjub dan bertanya, "Mungkinkah Dia ini Anak Daud?" 26 Dan, kalau Iblis mengusir Iblis, dia akan berpecah belah, dan bagaimanakah kerajaannya dapat bertahan? 27 Tetapi jika Aku mengusir roh-roh iblis dengan kuasa Beelzebul, maka dengan kuasa siapakah pula pengikut-pengikutmu menghalau roh-roh iblis? Sebab itu, merekalah yang akan menjadi hakimmu. 28 Tetapi jika Aku menghalau roh-roh iblis dengan Roh Allah, maka sesungguhnya kerajaan Allah sudah datang kepada kamu. 29 Atau bagaimanakah orang dapat memasuki rumah seorang yang kuat dan merampas harta bendanya kecuali orang kuat itu dapat diikat dahulu? Selepas itu, barulah dia dapat merompak rumah itu. 30 Orang yang tidak berpihak kepada-Ku menentang-Ku; dan orang yang tidak mengumpulkan bersama-Ku mencerai-beraikan. 31 Sebab itu, Aku berkata kepadamu: Semua dosa dan hujatan manusia akan diampuni, tetapi hujatan terhadap Roh tidak akan diampuni. 32 Orang yang menentang Anak Manusia dengan kata-katanya dapat diampuni, tetapi mereka yang menghina Roh Kudus tidak dapat diampuni, baik di dunia mahupun di dunia yang akan datang." 33 "Jika pokok itu baik, buahnya juga akan baik. Jika pokok itu tidak baik, buahnya juga tidak akan baik. Sebab, pokok dikenal dari buahnya. 34 Hai kamu keturunan ular kapak berbisa, bagaimanakah kamu dapat mengucapkan perkara yang baik sedangkan kamu sendiri jahat? Yang diluahkan mulut meluap daripada hati. 35 Orang baik mengeluarkan hal-hal yang baik dari kekayaannya yang baik, dan orang jahat mengeluarkan hal-hal yang jahat dari kekayaannya yang jahat. 36 37 Aku berkata kepadamu: Pada hari penghakiman, setiap orang harus mempertanggungjawabkan setiap katanya yang tidak sewajarnya dikatakan.